May 29, 2021

Biodata Ringkas Ultra Noah

Nama diberi : HIRMAN RAZALI

 

Hirman Razali atau lebih dikenali dengan gelaran Ultra Noah @ Noah merupakan pakar teknikal khususnya dalam perlaksanaan sistem untuk solusi perniagaan.

 

Memegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer (UTM), Noah memulakan kerjaya sebagai Network Support Engineer di Telekom Malaysia dan bertugas di sana selama 10 tahun. Beliau kemudiannya bertugas selama 2 tahun sebagai Network Design Engineer di HP Global.

 

Dengan minat mendalam di bidang pembangunan sistem untuk syarikat IKS dan korporat, Noah mula mengorak langkah beberapa tahun yang lepas sebagai perunding dan penasihat sistem perniagaan khususnya yang melibatkan automasi.

 

Kepakaran Noah termasuklah mengenalpasti masalah sistem bisnes, merancang gerak kerja pemasaran, analisis FB Ads, membangunkan chatbot, marketing automation, Artificial Intelligent dan online marketing campaign.

 

Noah berkongsi ilmu FB Ads secara teknikal, seperti bagaimana FB Ads berfungsi, bagaimana menguruskan iklan dan bagaimana melakukan analisis  menggunakan nombor dan statistik yang diberikan dalam laporan FB Ads. Noah menjadikan maklumat teknikal dihadam dalam bahasa dan penyampaian yang santai agar mudah difahami oleh semua golongan.